Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya..
KATA AKU~~~ Den nie idok ler sempurna sangat so aku kena lah cari lelaki yang senonoh arah nya... at least ke tidak sempurnaan tu nanti dapat ler d bimbing hendaknya... Supaya dapat la jugak menempah tempat yang selesa sikit di alam sebelah sana nanti. Sapa yang tujuan hidup untuk menempah neraka..iye dok???
2 comments:
Insyaallah..aku doakan yg baik2 utk ko :-)
InsyaALLAH.. moga dipertemukan
Post a Comment