FlavouR oF LIfe....lovE it and LiVe it ...

"Bila Mana Hidup Ini Sungguh Berperisa~~ YummyLifeLicious "

Sunday, August 22, 2010

AlhamDulilah....Mari berSYUKUR....

Ya Tuhanku, tolong ajari saya untuk bersyukur untuk semua berkat,

Bersyukur masih cukup makan dan berpakaian walaupun sederhana
Bersyukur masih punya kesihatan
Bersyukur masih punya rumah untuk tempat pulang dan bernaung
Bersyukur masih punya teman teman yang baik
Bersyukur masih bisa melihat matahari terbit setiap hari
Bersyukur masih bisa bernafas
Bersyukur masih bisa menulis…


Hari ini aku berpeluang untuk pergi berbuka bersama-sama kanak-kanak istimewa. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang menderita penyakit seperti kanser dan leukemia. aku berpeluang duduk semeja dengan 2 buah keluarga yang anak-anak mereka mengidap menyakit tersebut. sempat berborak dengan sebuah keluarga yang anak perempuan bongsu mereka mengidap kanser limfoma. penyakit tersebut dikesan ketika anak mereka berusia 5 tahun. sejak dari usia tersebut, memang mereka sekeluarga sering berulang alik ke hospital kerana anak mereka terpaksa mendapat rawatan berkaitan penyakit kanser tersebut. anak mereka sekarang telah berusia 10 tahun. sepanjang tempoh tersebut mereka telah berhabis berpuluh ribu ringgit dan penat lelah demi anak tersebut. si ayah sempat berkata, kesabaran memang menjadi teman terbaik untuk diri nya dan keluarga. si ibu pula mula berasa sebak bila mencerita kan perihal penyakit si anak kepada aku, terutama ketika mula menerima berita tersebut buat kali pertama. hati aku pun agak tersentuh sebenarnya. seawal umur 5 tahun telah menjalani 'chemotherapy', terpaksa duduk dan berulang alik ke hospital hampir setiap minggu. mendengar cerita mereka, aku bersyukur kerana masih di kurniakan kesihatan yang baik...

ini antara sebahagian daripada kanak-kanak tersebut, walaupun sakit tetapi mereka tetap tersenyum riang as if nothing is wrong with them...kids are miracle...MAY ALLAH BLESS ALL OF U...


YA ALLAH, aku bersyukur dengan kesihatan dan segala rezeki yang telah kau kurnia kan kepada aku sekeluarga...jangan kau jadi kan aku orang yang kufur dari nikmat mu YA ALLAH...AMIN~~~

No comments:

Related Posts with Thumbnails