FlavouR oF LIfe....lovE it and LiVe it ...

"Bila Mana Hidup Ini Sungguh Berperisa~~ YummyLifeLicious "

Wednesday, February 10, 2010

Knape la Same iTu Orang~~~~Ermmm Blum seDar BarAngKaLi~~


Sepanjang saya bergelar seorang rakan kepada orang lain atau lebih khusus nya menjadi rakan baik kepada seorang manusia lain di muka bumi ini. Sebaik mungkin saya akan cuba menjaga dan menghormati rakan tersebut. Tapi dalam hidup ini bukan semua orang akan berbuat seperti apa yang saya lakukan. Sebagai seorang manusia saya harus redha bahawa setiap apa yang saya rasa patut dilakukan mungkin tidak sama untuk orang lain. Saya juga berpegang kepada satu prinsip dalam hidup dimana pada pendapat saya, jika sesuatu pekara itu amat perit dan sukar untuk saya sebolehnya saya akan cuba untuk membuatkan pekara itu lebih mudah untuk orang lain. Tetapi prinsip ini tidak releven atau tidak boleh diguna pakai oleh orang yang lebih suka menganiaya hidup orang lain. Pada saat ini lah peribahasa melayu 'berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing' di gunakan di luar kontek maksud nya. Pada saya hanya manusia 'anjing' sahaja yang akan berbuat begini.

Lagi satu perkara lagi, sebagai manusia biasa keupayaan akal fikiran kita dan kemampuan perilaku kita biasa nya di nilai seiring dengan usia kita. Semakin meningkat usia kita, pada pandangan masyarakat semakin matang juga lah hendaknya akal dan perilaku kita bergerak seiring dengannya. Tetapi sayang tidak semua orang akan berperilaku seiring usia mereka. Walaupun usia telah menginjak ke arah kematangan tapi perilaku dan akal fikiran masih di takuk remaja meniti zaman kegemilangan muda mudi. Kepada orang seperti ini, ingat lah saudara dan saudari, walaupun usia hanya sekadar angka tetapi anda harus sedar adalah amat menjengkelkan melihat aksi anda yang tidak pernah kenal erti dewasa itu.

Saya menulis bukan untuk menyindir sesiapa tetapi untuk mengingati diri saya sendiri juga. Supaya tidak menjadi manusia 'anjing' dan berkelakuan tidak sewajar dengan usia saya. Saya lemas dan sakit mata dan hati melihat mahkluk tuhan yang sebegitu. Ya Allah semoga saya tidak menjadi seperti itu. Insyallah, AMIN~~~~~xoxo


Jangan percaya apa yg dilihat dengan mata... pandangan mata selalu menipu..pandangan akal selalu tersalah...pandangan nafsu selalu melulu. gunalah pandangan hati... kalau hati itu bersih....
(Riana Ahmad)



No comments:

Related Posts with Thumbnails