Kadang-kadang aku rasa sangat tidak faham dengan perasaan manusia. Jika hati sendiri sudah berkata sesuatu negatif, kenapa masih mahu meneruskan apa yang dilakukan itu. Secara jujurnya aku tidak percaya dengan apa yang orang panggil 'second chance' atau peluang kedua. Pada aku peluang kedua tidak akan pernah wujud. Kenapa mesti menjerumuskan diri sendiri ke arah yang diri sendiri pun tidak pasti. Aku memang manusia yang sanggup berkorban tapi bukan berkorban pada benda-benda yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkal nya. Pengorbanan aku mesti ada sebab dan aku yakin bahawa pengorbanan itu tidak sia-sia. Aku sangat benci kepada orang-orang yang memohon peluang kedua tanpa mengakui segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.
Meminta peluang kedua bererti individu itu haruslah mengakui kesilapan nya dan berjanji tidak akan mengulanginya untuk kedua kali nya. Perkataan maaf bukan sahaja datang dari mulut tapi juga dari hati dan perlakuan individu tersebut. Oleh itu fikirkan lah, bukan senang untuk meminta peluang kedua dan bukan senang untuk seseorang itu untuk memberikan peluang kedua itu...dan kepada si pemberi peluang, mengapa perlu diterus jika hati kamu berasa sangsi dan tidak yakin dengan jaminan yang diberikan. MENGAPA PELUANG KEDUA DIBERIKAN??? KENAPA DI TERUS KAN???
"pekara yang paling sedih adalah bukan kerana kamu menipu saya, tapi pekara yang paling sedih adalah kerana saya tidak boleh mempercayai kamu lagi......"