FlavouR oF LIfe....lovE it and LiVe it ...

"Bila Mana Hidup Ini Sungguh Berperisa~~ YummyLifeLicious "

Tuesday, April 14, 2009

Kerana aku menunggu mu…

Di kejauhan aku menunggu mu,
Setiap masa,
Setiap detik,
Setiap waktu tak pernah jemu,
Setiap degup jantung ini,
Kerana aku menunggu mu...


Di dalam setiap bingkisan doa,
Ku panjatkan hasrat kepada yang ESA,
Tanpa jemu tangan ini ku tadah,
Tanpa jemu mulut ini menyebut,
Tanpa jemu hati ini menginginkan,
Tanpa jemu dahi di tikar sejadah,
Kerana aku menunggu mu...


Di dalam kerinduan yang tidak berpenghujung,
Aku tetap di sini,
Aku tetap menanti,
Aku tetap setia,
Aku tetap berharap,
Kerana aku menunggu mu...


Menunggu dan menunggu dan terus menunggu,
Kerana kau ialah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails